Tuesday, January 19, 2016

NOVEL 6:20


PANDUAN MENJAWAB SOALAN  NOVEL 6:20
Pastikan anda menyebut novel yang dikaji dalam pendahuluan.
Tulis dalam 4 perenggan iaitu pendahuluan, isi 1, isi 2 dan isi 3.
Setiap perenggan isi ada 2 ayat iaitu ayat pertama dinyatakan isi manakala ayat kedua dinyatakan
contoh. Dalam ayat contoh MESTI dinyatakan nama watak/latar dalam novel yang dikaji.

Novel 6:20
1.Huraikan tema dalam novel 6:20
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.

2. Huraikan persoalan dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Persoalan dalam novel ini ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak- anaknya. Contohnya Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.
Persoalan yang seterusnya ialah tanggungjawab seorang sahabat. Contohnya Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.
Persoalan yang berikut ialah ketaatan terhadap perintah Tuhan. Contohnya Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
Persoalan yang lain ialah remaja yang mudah terpengaruh. Contohnya Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.


3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Watak utama dalam novel ini ialah Sukma. Perwatakan Sukma ialah seorang yang bersimpati terhadap orang lain Contohnya Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya
Perwatakan yang seterusnya ialah seorang yang taat kepada perintah ibu Contohnya Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya.
Perwatakan yang berikutnya ialah seorang yang merendah diri Contohnya Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya.
Perwatakan yang lain ialah seorang yang taat kepada perintah Tuhan Contohnya walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu.

4.Huraikan latar masa dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Latar masa dalam novel ini ialah pukul 6:20 pagi Contohnya pada waktu ini Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.
Latar masa yang seterusnya ialah waktu petang Contohnya Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
Latar masa yang seterusnya ialah waktu senja Contohnya Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab apabula senja hampir berlabuh.
Latar yang berikutnya ialah waktu malam .Contohnya ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

5. Huraikan latar tempat dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim . Latar tempat dalam novel ini ialah banglo Taman Megah. Contohnya di sini rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.
Latar tempat yang seterusnya ialah di Dewan Kuliah. Contohnya di sini Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Latar tempat yang lain ialah Kafe Flora. Contohnya Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman di tempat ini.
Latar tempat yang lain ialah Kelab WX2. Contohnya Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.
6.Huraikan latar masyarakat dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat pelajar universiti. Contohnya Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contohnya Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.
Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang berdikari. Contohnya Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan.
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Contohnya Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

7. Huraikan nilai murni dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Nilai murni dalam novel ini ialah nilai kasih sayang.Contohnya Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.
Nilai yang seterusnya ialah nilai prihatin.Contohnya Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Nilai yang berikutnya ialah nilai setiakawan. Contohnya Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
Nilai yang lain ialah nilai tanggungjawab. Contohnya Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggu dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.


8.Huraikan pengajaran dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Pengajaran dalam novel ini ialah kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar. Contohnya Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah mempunyai sikap setiakawan. Contohnya Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
Pengajaran yang berikutnya ialah kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri. Contohnya Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.
Pengajaran yang lain ialah kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah. Contohnya Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

Pengajaran yang lain ialah kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Contohnya Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

Wednesday, March 18, 2015

Panduan Blog Bahagian 1









Contoh Karangan PT3 - Kemalangan Jalan Raya


Soalan : Sebab kemalangan jalan raya berlaku?

          Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.
          Huraikan punca-puncanya.

Jawapan

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang  menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.






Huraian Rancangan Bahasa Melayu

1. Tingkatan Satu

2. Tingkatan Dua

3.Tingkatan Tiga

4. Tingkatan Empat

5. Tingkatan Lima

Sunday, March 8, 2015